Ratusan kereta berkuasa tinggi seperti Porsche, Mercedes Benz AMG, Bugatti serta pelbagai lagi -- dipandu selebriti, pempengaruh, bintang sukan serta pemuzik daripada lebih 40 negara di Litar Antarabangsa Sepang.
Buat julung kalinya, Malaysia bakal menganjurkan salah satu jelajah global yang cukup terkenal. Dari Lamborghini Aventadors ke Bugatti Chirons, SIC bakal dipenuhi dengan jentera berkuasa tinggi dalam penganjuran Gumball 3000.
Paling mencuri tumpuan, kelibat selebriti tanah air, Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak turut bakal mengambil bahagian.
"Sambutan yang luar biasa. Ramai yang mahu menyertai acara ini yang cukup meriah," katanya.
"Mereka datang ke SIC untuk menguji litar dan menyambut ulang tahun ke-25, memilih SIC sebagai venue cukup manis sekali," kata Ketua pegawai eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.
Ammar Hakim
Sat Sep 21 2024