Skip to main content

SUKMA

Gugur sukan hak penganjur, Kelantan negeri terakhir anjur Sukma, kata Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Susulan pengguguran sukan silambam, muay thai dan petanque di Sukma Selangor 2026, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh, akur dengan hak penganjur untuk membuat keputusan itu.

Hannah menegaskan Kelantan mungkin jadi negeri terakhir anjur Sukma sebelum ia diambil alih Majlis Sukan Negara (MSN), demi mengawal konsistensi daripada segi acara yang dipertandingkan di Sukma.
 

“Selepas (Sukma) Kelantan, akan tamat kitaran di mana semua negeri sudah menjadi penganjur. Memang negeri penganjur akan cari sukan yang mampu memberikan mereka kelebihan untuk mendapatkan pingat.

“Oleh itu, bermula selepas Kelantan, jawatankuasa sedang mempertimbangkan supaya Putrajaya atau MSN yang menjadi penganjur. Tidak ada lagi penganjuran oleh negeri supaya ada konsistensi sukan yang dipertandingkan.

Advertisement

“Beri kita ruang untuk kaji dan pastikan kesinambungan itu wujud. Ia bagi memastikan ada laluan untuk pembangunan atlet yang konsisten,” katanya.


KBS juga pertimbang untuk menganjur temasya sukan bagi acara yang tidak dipertandingkan di Sukma Selangor.

Hannah menjelaskan ia masih dalam peringkat perancangan, namun ia merupakan salah satu langkah untuk memastikan pertandingan kompetitif untuk sukan itu tetap dijalankan walaupun atas platform berbeza.

“Kita bagi ruang serta menghormati negeri penganjur dan kita akan bincang berhubung penganjuran sukan bukan Sukma,” ujarnya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video