Pelumba Johor Motorsports Racing (JMR), Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim, dan Alexander Sims, meraih kedudukan podium selepas menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ketiga dalam kategori Pro Am, GT World Challenge Asia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Dalam pada itu, satu lagi jentera yang dipandu Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Jordan Love menamatkan cabaran di tempat ke-11, meskipun terperangkap dalam insiden dalam pusingan pertama namun kerja keras pasukan memacu mereka kembali ke landasan terbaik untuk menamatkan perlumbaan.
Saingan Perlumbaan 2 GT World Challenge Asia 2025 bakal diteruskan esok buat pelumba JMR Racing yang memandu Chevrolet Corvette Z06 GT3.R.
"Semoga kami dapat memberikan aksi yang baik dalam perlumbaan esok, bangga dengan kerja keras pasukan yang luar biasa hari ini dan juga dalam beberapa bulan terakhir ini." kata Tunku Jefri Ibrahim.