Skip to main content

Permotoran

GT World Challenge Asia: Tunku Abu Bakar pertahan kedudukan podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gt-race.jpg
Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibrahim, berjaya mempertahankan kedudukan podium yang diraih sepanjang musim perlumbaan bersama rakan sepasukan, Mikael Grenier dalam siri perlumbaan GT World Challenge Asia.

Siri perlumbaan tahun kedua yang disertainya, Tunku Abu Bakar berpuas hati menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan namun tetap meletakkan impian untuk memperbaiki kedudukan pada edisi akan datang.

"Kami sudah mencuba yang terbaik. Saya bergelut dengan rentak terbaik sehingga ke penghujungnya dan itu yang terbaik saya boleh lakukan.

"Keinginannya amat tinggi di sini dan kami sentiasa menduduki podium di sepang. Harap-harap ia akan berterusan," kata Tunku Abu Bakar menerusi Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video