Perlumbaan GT World Challenge Asia 2023 akan melabuhkan tirainya Ahad ini, sekaligus bakal menyaksikan gelaran juara kini menjadi rebutan.
Saingan merebut kejuaraan menjadi tumpuan apabila perebutan empat penjuru antara empat pelumba berbakat yang berpotensi dinobatkan pelumba terbaik.
Dalam kalangan empat pelumbaan yang bersaing merebut kejuaraan ialah Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Ibrahim yang bakal dicabar Anthony Liu, Vutthikorn Inthraphuvasak dan Lu Wei.
Tunku Abu Bakar yang berada di kedudukan ketiga keseluruhan, mengakui teruja dengan tahap pencapaian itu namun turut berharap dapat meneruskan hobi yang kini menjadi sebahagian dari kariernya untuk jangka masa yang lebih panjang.
"Kami cuba memastikan jentera sesuai untuk perlumbaan ini dan berharap untuk melakukannya," kata Tunku Abu Bakar menerusi Nadi Arena.
"Kami cuba melakukan yang terbaik bagi setiap perlumbaan dalam usaha menghadirkan keputusan yang positif."
Selain Tunku Abu Bakar, turut bersaing ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman yang yakin dapat memberikan aksi terbaik sepanjang perlumbaan.