Skip to main content

E-Sukan

Grand Finals MPLMY S16: SRG.OG juara empat musim berturut-turut dengan rekod 'unbeaten'!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpl.jpg
Dominasi Selangor Red Giants OG E-sports (SRG.OG) tidak dapat dihentikan!

Buat kali pertama dalam sejarah, gergasi e-sukan Malaysia itu merangkul gelaran Liga ProfesionaL Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) buat kali keempat berturut-turut sejak musim ke-13!

Dan, juara Mid Season Cup 2024 (MSC) itu mudah menoktahkan kemenangan 4-0 menewaskan CG Esports untuk gelaran musim ke-16.

Tiada pemain lawan mahupun pasukan lain dapat menghentikan penguasaan SRG.OG setakat ini. 




Tahukah anda, SRG.OG turut merekodkan kemenangan tanpa sebarang tewas! Bukti bahawa mereka sentiasa menjadi pilihan walaupun berdepan kesukaran.

Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie), John Vincent Banal (Innocent), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) dan Chun Chin Wee (Winter) terus menjadi watak penting Gergasi Merah melakar pencapaian berterusan di Land of Dawn.

Dengan mahkota kejuaraan ini, SRG.OG terus menjadi sandaran sebagai wakil Malaysia menghadapi kejohanan antarabangsa. 

SRG.OG dan CG Esports akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia M7 yang akan berlangsung di Indonesia, tahun hadapan.
 

Advertisement

Must Watch Video