Skip to main content

Sukan Lain

Grand Finale Kidslympic Malaysia Run 2025: Semangat bersaing serta keberanian jadi misi penganjuran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kidslympic.jpg
Semangat juara tidak semestinya perlu diukur menerusi warna pingat sebaliknya semangat bersaing dan keberanian mencuba kemampuan, adalah lebih penting. 

Itulah mesej utama yang dibawa dalam Grand Finale Kidslympic Malaysia Run 2025 yang dicetuskan pihak penganjur untuk memberikan semua pemenang kelompok empat terbaik, pingat emas tanpa adanya perak mahupun gangsa. 

Langkah inovatif itu menjadi simbol baharu buat Kidslympic di mana penekanan utama diberikan kepada semangat penglibatan dan pengalaman berbanding keputusan akhir, 

Pendekatan itu direka sekaligus untuk membentuk pemikiran positif dalam kalangan peserta muda.

Idea di luar kotak itu sememangnya sukar dilihat dalam mana-mana kejohanan lain, namun Kidslympic menjadi perintis dalam menonjolkan nilai inklusif dan keseimbangan emosi peserta cilik.
Milo

Sedap, Bertenaga, Milo!

Milo penuh kebaikan malt, susu & koko — sedap diminum, beri tenaga bila-bila masa.


Tunggu Apa Lagi

Advertisement

Must Watch Video