Skip to main content

Sepak Takraw

Grand Final VSL: Universiti Malaysia Kelantan B tundukkan UPNM B tanpa jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umk.jpg
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) B mempamerkan kebangkitan luar biasa setelah menewaskan cabaran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) B dalam perlawanan rubber set Kejohanan Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) 2025.

Lebih istimewa, mereka hadir tanpa jurulatih, namun tetap mampu memberikan yang terbaik dalam aksi tersebut untuk muncul pemenang dengan keputusan 10-15, 15-11, 15-8 .

"Tanpa jurulatih memang sedikit sukar kerana suasana berbeza. Jika latihan bersama jurulatih tapi aksi sebenar tanpa dia. 

 

"Kami mencuba sehabis baik, meskipun bergelut," kata pemain, Muhammad Rafiq.

Pengurus pasukan, Nasrullah Izani, tetap memuji semangat juang anak buahnya yang tenang menyerap tekanan pihak lawan, biarpun tanpa kehadiran sosok penting.

"Ini adalah penyertaan sulung kami. Alang-alang dah main di peringkat ini, kami akan usaha sejauh mungkin," katanya di Nadi Arena.
Garmin

Garmin Vivoactive 5

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video