Skip to main content

Sepak Takraw

Grand Final VSL: Politeknik Malaysia B lakar 'come back' ke atas UM B

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poli.jpg
Politeknik Malaysia B melakar 'come back' menumpaskan Universiti Malaya (UM) B dengan kemenangan mudah 15-12, 15-8 dalam perlawanan Kejohanan Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) 2025.

Jurulatihnya, Mohd Tajuddin Ahmad, berkongsi pasukannya telah menganalisis titik kelemahan UM B dalam misi bangkit dan melancarkan strategi berbeza.

"Kami sudah bertemu mereka dalam aksi terdahulu, dan kami mempelajari kekuatan mereka dan memperbaiki kelemahan diri, supaya dapat memberi tekanan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.




Bagi perejamnya, Muhammad Ashraff Iqwan, pula hanya mengikuti perancangan daripada jurulatih yang membuahkan hasil untuk tampil lebih unggul dalam pertemuan tersebut.

"Permulaan rapuh terutamanya bahagian pertahanan. Tetapi kami perbaiki ruang untuk mengatasi lawan," katanya.
Garmin

Garmin Vivoactive 5

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video