Skip to main content

Sepak Takraw

Grand Final VSL: Kejutan demi kejutan! UPM B lawan UiTM A dalam final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uitm-a.jpg
Separuh akhir Kejohanan Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) 2025 menyaksikan Universiti Putra Malaysia B mengulangi pencapaian edisi lalu ke final setelah menundukkan UPM A 15-9, 17-15.

Perejam UPM B, Muhammad Andrian Hazziq, antara yang mencuri tumpuan selepas melakukan beberapa rejaman tajam bagi mematikan rentak lawan.

"Saya amat tidak berpuas hati dengan prestasi hari ini kerana tidak berikan aksi terbaik tetapi dapat meneruskan tugas dengan baik. 

"Berdepan UPM A (satu tugas) yang sangat sukar dan kemenangan ini salah satu pencapaian yang tinggi bagi saya," katanya. 

Jurulatih UPM B, Ahmad Sufi, nyata sudah tidak sabar membalas dendam dalam perebutan kejuaraan dalam final di Dewan Komuniti Persint 11, Putrajaya, esok, selepas sekadar naib juara pada edisi lalu.

"Masing-masing menunjukkan kemahiran dan ketahanan diri, mereka ada karakter. 




"Saya harap mereka mengekalkan prestasi untuk menghadapi dalam final kelak," katanya. 

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Universiti Teknologi Mara (UiTM) A mengejutkan pasukan pilihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam aksi penuh dramatik 15-8, 12-15, 17-14 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Apit kanan sepak takraw UiTM A, Muhammad Shahrain Zameer, teruja dengan kejayaan kali pertama ini selepas menewaskan UPSI yang rata-rata turut memiliki pemain kebangsaan.

"UPSI antara pasukan yang kuat kerana terdiri daripada pemain kebangsaan. 

"Kekalahan semalam menjadi dorongan untuk kami meneruskan misi ke final," katanya. 

Jurulatih UiTM A, Muhammad Afdhal Zahidin, memuji komitmen pemainnya yang mampu menyerap tekanan yang tinggi ketika mata demi mata silih berganti antara kedua-dua pasukan.

"Perlawanan tadi sangat mendebarkan. 

"Pasukan telah bertungkus lumus kerana pemain dalam menghasilkan persembahan terbaik dalam separuh akhir," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video