Grand Final VSL 2024: USAS A tempuh ranjau berliku sebelum bergelar juara
Muzaffar Musa
Disember 22, 2024 20:48 MYT
Disember 22, 2024 20:48 MYT
Pasukan Universiti Sultan Azlan Shah A (USAS A), yang serba kekurangan, terpaksa menempuh ranjau berliku sebelum bergelar juara kategori doubles Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) di Putrajaya hari ini.
Menghadapi saingan sengit Universiti Sains Islam Malaysia A (USIM A), pasukan itu memastikan kejuaraan dengan kemenangan set langsung 17-15, 15-3.
Ketua jurulatih USAS A, Muhammad Nor Azemie Noor Mohmad, berkata kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari: "Terutama daripada segi tempat latihan, kami terpaksa menyewa dewan dengan cuaca hujan sekarang ini.
"Kami berkorban untuk mengadakan apa yang kami perlu sebagai persiapan untuk kami ke sini.
"Kami juga hanya ada dua pemain dan untuk sparring, kami panggil sahaja mana-mana pemain yang ada di USAS untuk membantu kami."