Acara beregu premier saingan Kumpulan B Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 menyaksikan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas berjaya menang dalam aksi straight set mengatasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) A.

SSBJ mempertaruhkan bintang Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) 2024, Selangor Pistons, selaku kapten pasukan, Jefri Ahmad, bermula baik dalam set pertama dengan kemenangan selesa 15-8.

Bersambung set kedua pula menyaksikan anak buah Abdul Halim Kamaluddin cuba untuk bangkit dengan corak permainan meyakinkan dan hampir untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun terpaksa akur dikecewakan 15-17 sekaligus perjalanan UTHM A terhenti di peringkat kumpulan.

"Pemain saya bermain dengan baik dua hari ini, ujian semestinya lebih sukar di separuh akhir nanti." kata ketua jurulatih sepak takraw SSBJ, Izwan Abdul Latiff.

Untuk rekod, ini merupakan penyertaan kali pertama SSBJ di pentas Grand Final VSL yang berlangsung di Dewan Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya.






"Berdepan SSBJ agar sukar, set pertama seperti tidak jumpa rentak mereka. Saya perlu akur dengan kekalahan ini kerana pasukan lawan beraksi dengan lebih baik." tambah ketua jurulatih sepak takraw UTHM, Abdul Halim Kamaluddin.