Skip to main content

Sukan Lain

Grand Final Varsity Track & Field: Berlari, berkorban demi wakili Malaysia dalam Sukan SEA KL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vtf.jpg
"Saya hanya ingin mewakili negara saya"

Itu laungan harapan daripada juara acara 10,000 meter (m) lelaki diamond, B. Ruveshwaran, atau lebih mesra disapa Ruvesh, pada hari kedua Kejohanan Grand Final Varsity Track & Field 2025 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.

Bagi Ruvesh, impian besarnya adalah untuk menyarung jersi Malaysia dalam Sukan SEA suatu hari nanti, banyak pengorbanan dilakukannya dengan dia kini lebih banyak menyertai acara marathn untuk membawa dirinya ke aras lebih tinggi sebagai atlet lari jarak jauh.

Lebih menarik, dia juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang juga merupakan rekodnya sendiri selepas melintasi garisan penamat dengan catatan 32 minit 57.69 saat.

"Saya akan buat yang terbaik, dan memecahkan rekod peribadi untuk layak ke Sukan SEA 2027.

"Itu adalah impian saya. 

"Saya banyak menyertai maraton, tetapi kelajuan berkurang. Jadi, saya jadikan platform ini sebagai latihan untuk meningkatkan kepantasan," katanya di Nadi Arena.

Dalam masa sama, Ruvesh juga berkongsi rutin latihannya yang agak ekstrem. Segala perjuangannya itu tertumpu kepada satu sasaran sahaja, iaitu merealisasikan impiannya mewakili negara pada edisi 2027 di Kuala Lumpur (KL).

"Kadang-kadang saya bangun awal untuk berlari, dan habiskan latihan sebelum pukul 6.00 pagi untuk ke kelas.

"Kemudian, sambung semula pada waktu malam. 

"Saya sudah 10 tahun berlari, jadi saya harus berkorban. Saya memang mahu mewakili Malaysia," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video