Saingan hari pertama Kejohanan Grand Final Varsity Track & Field 2025 di Stadium UPM, Serdang hari ini menyaksikan atlet Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aishah Maishara Azman, mempamerkan dominasi dalam acara lompat jauh wanita platinum.
Dengan jarak 4.43 meter, yang dilakukannya dalam lompatan kedua, ia sudah cukup untuk memastikan bergelar juara ketika mendominasi saingan berkenaan.
Aishah Maishara mengatasi dua pencabar terdekat, iaitu pemenang tempat kedua dari Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Edra Choo Rae En, dan Chong Ying Sing dari Universiti Teknologi Malaysia (UMT).