Skip to main content

Sepak Takraw

Grand Final Varsiti Sepak Takraw: UiTM idam pertemuan A-B

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohamad-zarfan.jpg
Beregu Universiti Teknologi Mara B terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 Grand Final Varsiti Sepak Takraw 2023 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) B di Shah Alam, hari ini. 

Walaupun UiTM B tampak selesa mendominasi perlawanan pada set pertama, namun kemasukan Mohamad Zarfan dimasukkan dalam set kedua, senario pun berubah. 

Kehadiran Zarfan memberikan impak positif dalam corak permainan sekali gus menjadi titik tolak kemenangan yang membantu pasukannya memenangi dua set seterusnya  21-16, 21-11.

"Kami mengintai menjuarai peringkat kumpulan terlebih dahulu dan kami menyasarkan pertembungan sesama UiTM dalam final," katanya. 

Ketua pasukan, Muhammad Aiman Hakim, pula puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya untuk bangkit semula selepas kekalahan dalam set pertama.



"Saya teruja untuk beraksi berikutan persediaan pasukan lain. 

"Jurulatih menyedari kepincangan awal sebelum membuat pertukaran dalam set kedua," katanya pula. 


 

Advertisement

Must Watch Video