Skip to main content

Sukan Lain

Grand Final Varsiti Olahraga: Queenie Ting pertahan emas lempar cakera

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

queenie-ting.jpg
Queenie Ting tidak mahu ketinggalan untuk menambah koleksi Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Kejohanan Grand Final Varsiti Olahraga 2023 menerusi balingan sejauh 41.29 meter di Arena UM, hari ini. 

Atlet lempar cakera kebangsaan itu menggunakan tempoh berehat komitmennya bersama negara dengan menyertai kejohanan kali ini.

"Saya gembira dapat pertahankan emas ini. 





"Tapi daripada segi catatan, saya sudah jangkakan ia bukan di tahap terbaik memandangkan ketiadaan kejohanan besar," katanya. 

Menurutnya lagi, secara realistik dia sudah terlepas peluang untuk melayakan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 tetapi semangatnya tidak akan luntur untuk kembali dengan prestasi yang lebih memukau musim depan..




"Saya akui tidak mencapai sasaran tahun ini dan saya perlukan kekecewaan ini. Kami perlu mengintai temasya Sukan Olimpik yang seterusnya. 

"Walaupun usaha tidak menjadi, saya tetap teruskan perjuangan dan tidak berputus asa," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video