Skip to main content

Sukan Lain

Grand Final Super School Rugby: Dramatik! MRSM Balik Pulau dinobat juara baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mrsm-bp-juara.jpg
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (MRSM BP) mencipta sejarah apabila muncul pasukan MRSM pertama bergelar juara Kejohanan Super Schools Rugby 2025 apabila menewaskan Victoria Institution (VI) 14-13 dalam aksi grand final di Taman Ekuestrian Putrajaya sebentar tadi.

Menjejakkan kaki buat kali pertama dalam aksi penentuan gelaran berkenaan, MRSM BP jelas beraksi dalam keadaan tertekan dan ketinggalan apabila Indra Putra Sharulnizam menghasilkan try buat VI yang disempurnakan dengan conversion Ummar Rayyan Mohd Sabri.

Bagaimanapun, menuju ke separuh masa, BP Cougars berhasil menyamakan kedudukan menerusi try Muhammad Firdaus Zolkifli dan conversion Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhilla.

Dalam babak kedua, VI kembali berada di depan hasil dua penalti Ummar Rayyan untuk mendahului 13-7.

Ketika VI Blues kelihatan akan bergelar juara buat kali ketiga, Muhammad Firdaus sekali lagi menjadi wira BP Cougars dengan melakukan try pada minit terakhir sebelum Aqil Zikry Abdul Malek tenang melengkapkan conversion untuk memastikan kemenangan 14-13 memihak pasukannya.
 

Advertisement

Must Watch Video