Skip to main content

Sukan Lain

GP10 : Sebuah drama gimnastik sarat emosi! Naskhah luar biasa bertaraf LIMA BINTANG!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

generasi-perfect-10.jpg
'Bittersweet ending' -- Itulah ungkapan terbaik bagi menggambarkan perjalanan sebuah drama hebat keluaran Astro Shaw yang berkisar mengenai perjalanan seorang gimnas berbakat besar - Ezrina Riyad lakonan Arena Wan dalam harungi cabaran cukup berliku.

Hadir ke sekolah sukan berprestij tinggi -- Sekolah Permai, Ezrina turun dengan status selaku pemenang pingat gangsa MSSM selain mempertaruhkan kebolehan melakukan teknik yuchenko full twist dan potensi dimiliki Ezrina ini berjaya curi perhatian Coach Sue lakonan luar biasa Sofea Jane.

Dan bermulalah drama cukup tegang buat Ezrina yang terpaksa berdepan cabaran Victoria Hadi lakonan Arabella Ellen yang muncul pesaing terdekat beliau sepanjang berada di Permai.

Namun Ezrina tidak keseorangan apabila beliau didampingi rakan-rakan baik seperti Amal, Yasmin dan Coach Farah yang sering memberi kata semangat dan dorongan positif demi membantu Ezrina menyinar sebagai gimnas terbaik negara.

Tapi skrip berubah 180 darjah apabila Ezrina terpaksa mengkhianati rakan karibnya Amal selain menyakiti hati ibu tercintanya selepas termakan dengan desakan dan taktik kotor Coach Sue.

Garapan siri yang boleh dilabel sebagai 'Fresh' ini cukup mesra penonton dan sarat dengan mesej-mesej positif yang mampu serlah aura juara dalam setiap individu.

Ternyata Generasi Perfect 10 merupakan naskah 'LIMA BINTANG' yang wajib ditonton setiap lapisan masyarakat! Lakonan mantap setiap watak dalam siri ini wajar diberikan pujian melangit selain tahniah buat warga belakang tabir yang bijak mengetengahkan elemen sukan dalam nuansa berbeza.

Personally, saya berikan 10 per 10 untuk siri yang sarat dengan emosi!!! Anda boleh dapatkan siri hangat ini di Astro One juga Sooka and confirm korang akan request untuk GP10 musim kedua!!!

Nota Kaki : Personally suka if Ezrina and Victoria jadi BFF sebab both ada karakter! Tapi friendship Ezrina and Amal paling BEST!!! AKU JAGA MUNG!!! Sumpah best!! Korang akan gelak, nangis, bersemangat, geram dalam satu masa!!! Go binge-watch it now!!!
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video