Skip to main content

Permotoran

GP Singapura: Lewis Hamilton laung keyakinan tinggi kemampuan W13

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamilton.jpg
Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, percaya jentera W13 mampu menampung laluan tidak rata dalam Grand Prix (GP) Singapura, hujung minggu ini. 

Mercedes bergelut dengan keadaan litar di Monaco dan Azerbaijan yang menjejaskan bahagian teknikal.

Formula Satu (F1) memasuki enam pusingan terakhir dalam kalendar 2022 yang menyaksikannya di kedudukan keenam dalam situasi sukar untuk mempertahankan kejuaraan pemandu. 

Bagaimanapun, dia yakin dengan mutu W13 -- turut dipandu George Russell -- untuk meraih penamat gemilang di garisan penamat bagi mengakhiri kemarau kemenangan musim ini. 

"Kami telah banyak mempelajari tentang jentera ini, ia merupakan perkara biasa buat semua orang tetapi ia pastinya sangat membantu untuk mengetahui bagaimana berfungsi dan sejauh mana usaha kami. 

 

"Oleh itu, kami dapat meramalkan ke mana kami akan tuju, sama ada ia akan berfungsi berbanding kaedah berbeza. 

“Ini termasuklah had kereta, kami perlu tahu di mana batasan itu dan kami hanya perlu mencuba dan mengatasinya.

"Jadi kami sangat bernasib baik, kami berada di tempat yang jauh lebih baik daripada yang pernah kami lalui. 

"Jadi saya harap kedudukan kami tidak jauh," katanya dipetik daripada GPFans. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video