Ia mungkin sudah sebulan sejak perlumbaan MotoGP berehat tetapi pendahulu kejohanan, Marc Marquez, mengambil risiko untuk memastikan dia terus di landasan tepat.
Selepas menawan Litar Sachsenring dalam perlumbaan terakhir -- kemenangan ke-10 berturut-turut di litar itu -- penunggang Honda itu akan memulakan Grand Prix (GP) Republik Czech hari ini (8 malam waktu Malaysia) di petak depan.
Prestasi dalam sesi kelayakan di Brno menyaksikannya menyamai rekod Mick Doohan apabila meraih 58 petak utama, ia satu usaha yang luar biasa berdasarkan tayar licin yang digunanya ketika hujan, sekali gus menyerlahkannya berbanding pencabarnya.
Pelumba Sepanyol itu akan memulakan perlumbaan di petak pertama buat kali keenam musim ini untuk mencerahkan peluangnya melebarkan kelebihan 58 mata. Dia kini memburu kemenangan ke-50 MotoGP untuk muncul sebagai pelumba keempat yang mencapainya.
Marquez tidak perlu mengambil risiko memandangkan kedudukannya sebagai pendahulu kini selesa tetapi dia enggan mengendurkan prestasinya untuk meraih tempat teratas dengan prestasi mengagumkan menerusi catatan 2.524 saat.
Pelumba Australia, Jack Miller, pula di tempat kedua sebelum terbabit dengan kemalangan pada penghujung sesi.
"Selepas menganalisis keadaan, saya mengambil risiko yang saya tidak perlukan," akui Marquez selepas layak.
"Kami sepasukan sangat gembira tetapi sebahagian daripada mereka -- individu penting -- berasa berang kerana saya mengambil risiko tinggi.
"Sasarannya adalah untuk berada barisan depan, bukan petak utama tetapi sasaran ini sudah dicapai (sebelum mengharungi pusingan terakhir dengan tayar licin).
"Sebaik saya keluar dari hentian pit, masalah pun bermula apabila saya mula berasa beberapa titik hujan di visor tetapi saya menghidu peluang yang ada.
"Mujur saya dapat meraih petak utama tetapi perkara yang lebih penting adalah saya tidak mengalami kemalangan -- ini adalah yang paling mustahak.
"Pada mulanya, saya menaruh harapan kepada tayar licin selepas cuaca mula cerah. Namun, hujan turun semula dan permukaan treknya menjadi lebih lembap.
"Jack terbabas dalam pusingan terakhir, jadi pada masa depan, saya tidak akan mengulangi aksi seperti tadi.
"Cuaca kelihatan seperti akan cerah dalam perlumbaan sebenar.
"Tetapi dengan cuaca seperti ketika ini, sukar untuk meramalkan keputusannya tetapi sasaran saya adalah podium. Saya meraih petak utama dengan kelebihan 2.5 saat tetapi jarak di antara pelumba di petak pertama dan kedua adalah sama."