Pelumba Moto2, Khairul Idham Pawi, tidak dapat meneruskan perlumbaan dalam Grand Prix (GP) Republik Czech, hujung minggu ini.
Dikenali sebagai Super KIP, pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing Team itu diketepikan pada hari pembukaan di Automotodrom Brno selepas masih berasa sakit ekoran kecederaan teruk di tangan kanan yang dialaminya dalam GP Sepanyol, Mei lalu.
Jonas Folger dari Jerman akan kembali berlumba bagi pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 untuk menggantikan Khairul Idham.
“Dalam sesi pertama, saya berasa sedikit sakit di tangan kanan tetapi saya masih boleh menunggang tanpa banyak masalah tetapi pada sesi kedua, saya terpaksa menahan kesakitan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila saya berselisih dengan penunggang lain di litar.
“Saya amat kecewa kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan. Hari ini saya hanya dapat melakukan enam pusingan sebelum sakit bertambah teruk,” kata Khairul Idham dalam satu kenyataan.
Pelumba berumur 21 tahun itu akan digantikan oleh Folger, bekas pemenang perlumbaan yang mempunyai pengalaman dengan jentera dan pasukan itu selepas menggantikan Khairul Idham dalam tiga perlumbaan sebelum ini.
“Saya datang ke Brno untuk menonton aksi dari paddock dan tidak berhasrat untuk berlumba tetapi kali ini tiba giliran saya sekali lagi.
"Saya bersimpati dengan Khairul Idham kerana melalui keadaan sukar dalam usaha untuk pulih tetapi pada masa sama, saya teruja mendapat peluang untuk melakukan beberapa pusingan dengan pasukan yang saya kenal ini.
“Ia agak terlambat memandangkan hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk menunggang tetapi saya tidak sabar untuk memulakannya. Saya mempunyai banyak kenangan manis di Brno dan saya tidak sabar untuk menunggang lagi,” kata Folger.
Penunggang dari Jerman itu sekali lagi disenaraikan untuk melakukan latihan bebas ketiga di Automotodrom Brno pada pukul 10.55 pagi waktu tempatan (4.55 petang waktu Malaysia) hari ini, diikuti dengan perlumbaan esok, jam 12.20 malam waktu tempatan (6.20 petang waktu Malaysia).
Kredit foto: https://www.crash.net
-- BERNAMA