Skip to main content

Permotoran

GP Portugal: Francesco Bagnaia puji jentera baru Ducati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bagnaia.jpg
Francesco Bagnaia memuji jentera baru Ducati sambil berkata ia sesuai dengan gaya tunggangannya ketika merangkul kemenangan dalam Grand Prix (GP) Portugal, malam tadi. 

Selepas mengungguli perlumbaan pecut dalam aksi sulung MotoGP musim ini, semalam, Bagnaia mempamerkan skil mantapnya dengan memecut deras untuk menduduki tempat pertama.

Juara bertahan dunia tersebut menamatkan saingan di hadapan Maverick Vinales dan rakan senegara dari Itali, Marco Bezzecchi, dengan menyatakan kegembiraannya terhadap motosikal barunya itu dalam sidang media selepas perlumbaan.

"Kami bekerja dengan baik dalam sesi ujian hingga segala-galanya untuk persediaan perlumbaan, kami berada di kemuncak prestasi," katanya. 

 

“Bandingkan dengan dua tahun lalu dan tahun lalu, masa perlumbaan yang kami catat adalah lebih pantas.

"Ia agak sukar dikendalikan, tayar berfungsi dengan sempurna.

"Saya gembira, semuanya berjalan dengan sempurna. 

"Jentera baru ini sangat sesuai dengan gaya tunggangan saya, lebih baik daripada yang lama, jadi kami berjuang ke arah yang tepat."

Sementara itu, juara dunia enam kali, Marc Marquez, yang gagal menamatkan saingan bakal dijatuhi penalti dua pusingan selepas kesilapannya di selekoh awal pusingan menyebabkan pelanggarannya dengan Miguel Oliveira.

Malah, penglibatannya di Argentina diragui berikutan kecederaan pergelangan tangan kanannya. 

 

Advertisement

Must Watch Video