F1
GP Jepun: Lando Norris terpantas dalam latihan terakhir
Lando Norris menyalakan harapan bahawa dia mampu menggugat Max Verstappen untuk petak pertama Grand Prix (GP) Jepun dengan mengatasi pemandu Red Bull itu dalam sesi latihan terakhir, sebentar tadi.
Rekod kemenangan 10 perlumbaan milik Verstappen serta rekod tanpa kalah Red Bull musim ini berakhir di Singapura hujung minggu lalu.
Dia merekodkan pusingan terpantas dalam sesi latihan semalam bagi mengubati kekecewaannya dengan jurang 0.626 saat ketika mengatasi juara di Singapura Carlos Sainz, yang memacu Ferrari sebelum menewaskan Charles Leclerc dengan 0.320s dalam P2.
Iklan
Situasi itu menggugat harapan Verstappen untuk menghampiri gelaran hatrik dunia sekiranya mendominasi hujung minggu ini -- lebih-lebih Lewis Hamilton meramalkan kemantapan jentera Red Bull di trek selekoh berkelajuan tinggi di Suzuka itu.
Begitupun, Norris mengekori pemandu berusia 25 tahun itu dengan 0.240s dan hanya 0.048s di hadapan rakan sepasukannya di McLaren, Oscar Piastri, ketika pasukan Britain itu terus mempamerkan rentak mantap menjelang sesi kelayakan sebentar lagi.FP1 ✅ FP2 ✅ FP3 ✅ Max tops all three practice sessions with Checo in P4 as we move to Quali ? pic.twitter.com/DFFFr0W5Wp— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) September 23, 2023
Must-Watch Video