Sebastian Vettel akan memulakan Grand Prix Bahrain di petak pertama selepas pelumba Ferrari itu melakukan catatan masa terpantas manakala Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan di petak kesembilan.
Vettel memenangi perlumbaan sulung di GP Australia bulan lalu dan memberikan dirinya peluang untuk memastikan kemenangan berturut-turut di Litar Sakhir.
Kimi Raikkonen merupakan yang terpantas dalam sesi latihan tetapi Vettel melakukan catatan 0.143 saat lebih pantas daripada rakan sepasukannya itu, sekali gus menamatkan dominasi Mercedes dalam perebutan petak pertama di Bahrain.
Vettel mencatatkan 1 minit 27.958s untuk menghuni petak pertama manakala Valterri Bottas di petak ketiga.
Hamilton bergelut mengikut rentak selepas diberikan denda kerana melanggar peraturan (pertukaran kotak gear tidak mengikut jadual) dan bakal memulakan saingan di petak kesembilan.
Daniel Ricciardo pula di petak keempat dan pelumba kelahiran Australia itu akan menjadi harapan Red Bull menamatkan saingan dalam kelompok podium selepas Max Verstappen terlibat dalam kemalangan dalam kelayakan pertama.