Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen, terkejut apabila meraih petak hadapan kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain.
Verstappen -- yang memburu gelaran dunia ketiga berturut-turut -- akan bermula di hadapan petak depan dalam perlumbaan pembukaan musim ini, malam ini, selepas mencatat pusingan terpantas 1:29:708, awal pagi tadi.
Rakan sepasukannya di kem Red Bull, Sergio Perez, di kedudukan kedua untuk melengkapkan barisan hadapan, manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz, di belakang mereka di barisan kedua.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, pula terpaksa berpuas hati di tempat ketujuh di belakang rakan sepasukannya di Mercedes, George Russell, sementara Fernando Alonso berada di tempat kelima.
Ferrari mengungguli dua sesi kelayakan pembukaan tetapi dengan Verstappen tampil terbaik dalam Q3, mereka memilih untuk tidak keluar semula bagi menjimatkan penggunaan tayar.
“Ia adalah permulaan hujung minggu yang agak sukar semalam dan hari ini kerana saya tidak begitu menemui rentak pemanduan, tetapi saya bernasib baik dalam pusingan kelayakan untuk kami mengatur perlumbaan dengan terbaik,” katanya.
"Saya sangat gembira untuk berada di petak pertama. Selepas pasukan berusaha tahun lalu dan sekali lagi mempunyai kereta yang begitu mantap termasuk Checo (Perez). Ia menakjubkan dan saya menantikan perlumbaan sebenar hari esok (malam ini).
"Perubahan itu sedikit memperlahankan kereta tetapi kami masih mampu memacu dengan pantas, seronok melihatnya begini.
"Sepanjang tahun ini, anda akan melihat semua orang sekali lagi meningkatkan prestasi mereka dan inilah yang menariknya tentang F1.
"Saya benar-benar terkejut apabila meraih petak pertama selepas bergelut dalam sesi latihan. Biasanya kereta kami akan menjadi lebih baik pada hari perlumbaan, jadi mari kita lihat."

Pole position number 21 for @Max33Verstappen ???#BahrainGP #F1 pic.twitter.com/lerZ4gt6vD
— Formula 1 (@F1) March 4, 2023