Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman, terpaksa berpuas hati dengan pungutan lima mata selepas neraih tempat ke-11 dalam Grand Prix (GP) Argentina, awal pagi tadi.

'Damok' menamatkan sesi kelayakan pusingan kedua MotoGP itu dengan catatan 1:50.784 saat walaupun beraksi di atas litar basah dan licin.

Rekod masa itu berjaya diperbaikinya dalam perlumbaan utama dengan catatan 1:49.132s dalam keadaan trek yang sama.

"Saya agak bergelut pada awal perlumbaan tapi dapat mengawalnya untuk bersaing dengan pelumba lain hingga raih kedudukan ke-11.




"Saya cuba hadapi kesukaran di litar ini, memang licin.

"Saya sangat gembira dengan (prestasi) perlumbaan di litar ini. Ini kali pertama saya berlumba di trek ini.

"Jumpa di Austin pula (14-16 April),", katanya di Nadi Arena sebentar tadi.