Tiger Woods menikmati peluang untuk mencabar kejuaraan dalam Kejohanan Golf Terbuka British selepas melakukan catatan terbaiknya dalam satu kejohanan utama dalam tempoh tujuh tahun.
Pemenang grand slam sebanyak 14 kali itu melonjakkan dirinya dalam kelompok penghambat di lapangan Carnoustie dengan catatan 66 untuk jumlah lima bawah par selepas pusingan ketiga semalam.
Di sebalik berjarak empat pukulan di belakang pendahulu, Woods meyakini peluangnya untuk terus memberi saingan dalam pusingan akhir lewat hari ini.
“Sudah beberapa tahun sejak saya berasakan seperti ini,” kata Woods, yang kejuaraan terakhirnya dalam sebuah kejohanan utama dicapai 10 tahun lalu.
"Saya bermain hampir sama seperti ini dalam Kejohanan Players, yang secara tidak rasmi dianggap kejohanan utama yang kelima, tapi tidaklah sama dengan kejohanan utama seperti ini.”
Woods berkongsi pendahuluan buat seketika selepas melakukan birdie di lubang 14 dan di sebalik menyatakan dia tidak menyedarinya ketika itu, pemain berusia 42 tahun itu berasakan ia menunjukkan bahawa satu kejuaraan utama masih dalam jangkauannya.
“Sudah tentu ia mampu dicapai,” katanya. “Saya telah menunjukkan bahawa saya berada hampir dengan peluang untuk memenanginya tahun ini.
"Mengambil kira apa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan, saya tidak tahu sama ada ia akan berlaku lagi tetapi saya berada di sini dengan peluang untuk menggapainya.
“Pastinya ia akan menyeronokkan,” tambahnya.
Woods kali terakhir memenangi salah satu daripada tiga kejayaannya dalam Terbuka British pada 2006.
KEDUDUKAN PENDAHULU SELEPAS PUSINGAN 3:
-9: Jordan Spieth (AS), Xander Schauffele (AS), Kevin Kisner (AS)
-7: Kevin Chappell (AS)
-6: Francesco Molinari (Ita)
-5: Webb Simpson (AS), Matt Kuchar (AS), Tommy Fleetwood (Eng), Rory McIlroy (Ire U), Alexander Noren (Swe), Zach Johnson (AS), Tiger Woods (AS).