Skip to main content

Sukan Lain

Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa: Danial Nazari pimpin kategori lelaki, dua pemain kongsi kedudukan carta wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf.jpg
Pemain negara, Muhd Danial Mohd Nazari mengetuai carta kedudukan bagi kategori lelaki A (16-18 tahun) selepas tamat hari kedua saingan Kejohanan Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025 yag berlangsung di Kelab Golf Kota Permai (KPGCC), Shah Alam hari ini.

Selepas berkongsi kedudukan dengan dua lagi pemain semalam, Danial mempamer permainan yang lebih kemas pada hari kedua apabila mencatat 71 pukulan satu dibawah par.

Selepas dua pusingan, beliau mengumpul 145 pukulam satu di atas par sekaligus menduduki tangga teratas Kategori Lelaki A.

“Hari pertama saya sedikit bermain dengan perasaan gementar dan pukulan juga tidak begitu baik tetapi pada hari kedua pukulan lebih terkawal dan banyak melakukan birdie berbanding semalam.

“Cabaran dilapangan ini sudah tentu green yang agak pantas dan akan berdepan kesukaran jika gagal untuk mengawal pukulan. Esok (hari terakhir) saya hanya tumpukan kepada permainan dan jika saya bermain dengan baik, keputusan juga akan menjadi baik,” kata Danial yang juga merupakan salah seorang pemain negara yang berada di bawah Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) bagi sukan  golf dibawah kendalian Persatuan Golf Malaysia (MGA).

Kedudukan Muhd Danial diekori rapat pemain Korea Selatan, Woosung Sun yang menutup hari kedua dengan 74 pukulan dua di atas par untuk catatan terkumpul selepas dua pusingan, 148 pukulan empat di atas par.

“Hari ini, saya mengumpul lima di atas par pada sembilan lubang pertama dan cuba perbaiki permainan untuk menutup hari kedua dengan dua di atas par.

“Untuk hari terakhir esok, saya perlu memastikan bola berada di fairway dan green,” kata Sun yang juga pemenang bagi Sirkit Pertama Kejohanan Golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia yang berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang pada Mei lalu.

Tempat ketiga diungguli seorang lagi pemain negara, Ammar Aiman Mohd Fauzi yang mengumpul 152 pukulan keseluruhan.

Saingan Perempuan kategori A pula menyaksikan persaingan sengit diantara dua pemain negara, Jamie Tan Huang Yin dan Ngo Yi Belle yang berkongsi kedudukan pendahulu dengan 150 pukulan, enam di atas par.

Dua pemain ini bermain dalam satu ‘flight’ nyata meletakkan azam untuk memperbaiki kedudukan masing masing pada hari ini.

Tuah nyata memihak Jamie Tan apabila menutup hari kedua dengan catatan 74 pukulan dua di atas par untuk catatan terkumpul selepas dua pusingan 150 pukulan.

Ngo Yi Belle pula nyata hampa apabila terlepas peluang untuk mencatat birdie di lubang terakhir sekaligus menutup hari kedua dengan 76 pukulan dua di atas par sekaligsu turut berkongsi kedudukan pendahulu dengan Jamie Tan apabila turut mengumpul 150 pukulan keseluruhan.

Nur Batrisyia Balqis Abd Ghani dikedudukan ketiga dengan 152 pukulan 8 di atas par keseluruhan.

Sementara itu, saingan bagi kategori lelaki B (13-15 tahun) didominasi pemain Thailand Thitiwat Piturongkapituk yangmengumpul 147 pukula keseluruhan manakala kategori Perempuan B (13-15 tahun) masih menjadi milik Wang Enxi dari China yang mengumpul 150 pukulan keseluruhan

 
Protein Bar

Protein On-The-Go

Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video