GOLF
Golf: Rory Mcilroy hilang fokus menjelang Terbuka Amerika Syarikat
Juara Kejohanan Golf Masters 2025, Rory Mcilroy, menyifatkan dirinya kehilangan fokus dan rentak serta motivasinya menjelang kempen Golf Terbuka Amerika Syarikat.
Pemain kelahiran Ireland itu mendedahkan catatan 81 pukulan ketika latihan memberikan tekanan dan menjejaskan tumpuannya pada aksi sebenar di Oakmont Country Club bermula hari ini.
"Saya cuba melupakan apa yang berlaku ketika Kejohanan Masters, kini saya hanya mencari rentak kembali dan motivasi untuk kembali dalam kejohanan nanti.
Iklan
"Saya gembira melihat prestasi saya dengan hasil kerja keras, saya perlu menikmati apa yang sudah saya kecapi dan saya akan terus bekerja keras untuk melakukannya sekali lagi," katanya.
Rory Mcilroy kini di kedudukan kedua dalam jelajah PGA, Rory tekad mengulangi kejayaannya pada tahun 2011 di Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat.
"Saya mengakui sentiasa bergelut dengan prestasi setiap kali selepas bermain di kejohanan besar, selepas memenangi kejohanan saya akan bergelut dalam kejohanan akan datang untuk mengekalkan rentak pukulan" tambahnya.
Must-Watch Video