Golf Remaja Selangor: Ajmal Amin, Amberly Zaira tekad beri aksi terbaik di laman sendiri

Saufi Tahir
Januari 14, 2025 19:27 MYT
Pemain golf remaja negara, Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri, melakukan pengorbanan luar biasa apabila berada di lapangan untuk mengetuai cabaran skuad negara mencabar gelaran di Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor 2025.
Pergorbanan Ajmal yang mengambil pendekatan untuk menukar jadual belajar di waktu malam — sebelum menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Angin di padang ini sedikit mencabar kerana pada Waktu petang tidak menentu. Saya banyak kelebihan pada padang ini kerana saya gemar memukul bola tinggi.
"Tahun ini lebih mencabar kerana banyak negara yang akan turut serta, saya harap dapat beraksi dengan baik minggu ini," kata Muhammad Ajmal Amin.
Dalam pada itu, harapan menggunung pemain wanita disandarkan terhadap Amberly Zaira Zamri.
Meskipun baru berusia 16 tahun, namun kematangan dan keputusan Amberly tiada tandingannya apabila disebalik tubuh fizikal yang kecil, tersirat seribu satu keazaman untuk merealisasikan impian kem negara mencabar dominasi negara seperti Thailand dan Filipina.
"Saya yakin beraksi di sini jadi saya ada harapan yang tinggi untuk kejohanan ini. Kejohanan antarabangsa sedikit mencabar kerana bersaing dengan pemain luar tetapi saya harap dapat kekalkan fokus saya. tambah Amberly Zaira Zamri.
#Golf #Ajmal Amin #Amberly Zaira #Golf Remaja Selangor
;