GOLF
Golf Piala Toyota Cross: Gavin Green tepati ramalan pilihan juara
Pemain golf profesional negara, Gavin Green, menepati ramalan untuk muncul juara siri jelajah Kejohanan Golf Piala Toyota Cross 2023.
Gavin yang menghuni ranking ke-199 dunia beraksi tekal sepanjang tig hari kejohanan di Kelab Golf Palm Garden Putrajaya itu apabila mencatatkan 200 pukulan 16 di bawah par untuk mengatasi pesaing terdekatnya, Nicholas Fung, dengan kelebihan lima pukulan.
Gavin dalam perkembangan sama turut mengakui di landasan tepat untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, namun perlu kekal tekal bagi berada dalam kelompok 70 terbaik dunia menjelang temasya berkenaan.
Iklan
"Seronok dapat menghasilkan persembahan yang baik di hadapan rakan-rakan, ahli keluarga.
"Saya hanya fokuskan untuk tingkatkan persembahan sendiri dan cuba mendahului.
Gavin Green di landasan tepat untuk layak ke Olimpik Paris, Liyana Durasic raih gelaran sulung tahun ini ?️♀️?️#AstroArena #NadiArena #ToyotaCorollaCrossCup #golf pic.twitter.com/BPbQiw6oXX— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 10, 2023
"Walaupun corak permainan saya belum mencapai ketekalan yang diharapkan tapi ia sedang menuju ke arah itu," katanya hari ini.
Sementara itu untuk kategori wanita, Liyana Durasic, mengungguli saingan menerusi saingan play-off dengan menewaskan Aretha Pan selepas kedua-dua pemain terikat dengan catatan 3 di bawah par.
Untuk rekod, ini merupakan gelaran sulung tahun ini buat atlet berusia 22 tahun kelahiran Sungai Buloh, Selangor, itu.
"Permukaan green agak keras jadi saya cuba meraih par dan sekiranya mencatat birdie, itu satu bonus.
"Saya kini beraksi dalam kancah golf di peringkat kolej di Amerika Syarikat (AS) dan mungkin akan beralih ke profesional sebaik pulang ke sini.
"Bagus rasanya dapat menghabiskan musim panas saya dengan kejayaan ini, ia melonjakkan motivasi saya untuk mengharungi aksi di peringkat kolej pula," katanya.
Must-Watch Video