Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, mencemar duli hadir ke Tropicana Golf & Country Resort untuk beraksi dalam Golf Piala Amal Raja Muda Selangor 2024.
Program di bawah Selangor Youth Community (SAY), dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Selangor FC (SFC) itu berjaya mengumpul RM1.2 juta yang akan dibelanjakan untuk pembangunan belia negeri Selangor
"Hari ini kami menganjurkan kejohanan amal untuk mengutip dana bagi membantu anak muda di Selangor di bawah kepimpin Tuanku Raja Muda Selangor.
"Kami juga ada menjalankan beberapa program yang memberi fokus kepada perkara tertentu seperti belia berisiko -- bekas banduan -- bantu daripada segi komunikasi dan sebagainya.
"Kami mahu memudahkan proses integrasi mereka dalam masyarakat selepas tamat tempoh institusi," kata Ketua Pegawai Operasi Selangor Youth Communnity, Aiman Nazri.
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohamad Najwan Halimy, serta bekas pemain kebangsaan, Nazab Hizan, turut mengambil peluang menyertai kemeriahan pertandingan tersebut selain merapatkan hubungan bersama peserta lain.
"Ini adalah satu program yang cukup baik. Penganjuran yang memberi fokus kepada pembangunan belia. Akar umbi yang Tuanku tekankan.
"Perkembangan yang baik tatkala sektor-sektor swasta juga boleh bermain bersama dan mengekalkan gaya hidup sihat.
"Saya harap program ini dikekalkan dan menjadi acara tahunan," katanya kepada Nadi Weekend.
Najmi Iman
Sat Nov 30 2024