Pemain profesional negara, Kelly Tan, mempamerkan kebangkitan pada hari ketiga Kejohanan Golf Maybank 2025 apabila mencatatkan 68 pukulan 5 bawah par sementara Mirabel Ting muncul pemain kedua terbaik negara ketika ini dengan 70 pukulan 2 bawah par di tempat ke-45 di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) hari ini.
Ia membolehkan Kelly yang mengharungi aksi kurang baik pada hari kedua dengan 74 pukulan berjaya melonjak 17 anak tangga untuk berkongsi kedudukan ke-38 bersama enam pemain lain.
Dia mengumpul 211 pukulan keseluruhan menuju hari terakhir esok.
"Bukan aksi terbaik saya hari ini, banyak kesilapan dan semua pukulan jauh daripada lubang." kata Mirabel.
Sementara itu, Choi Hye Jin, dari Korea Selatan menunjukkan aksi konsisten apabila kekal menerajui saingan selepas mencatat 67 pukulan 5 bawah par, tamat hari ketiga kejohanan.
Meskipun melakukan satu bogey di lubang ke-16, kedudukan pemain berusia 26 tahun ini diselamatkan dengan enam birdie untuk mengumpul keseluruhan 19 bawah par 197 tatkala rakan senegaranya kim a-lim melakukan catatan terbaik menerusi 8 bawah par.
"Saya raih banyak peluang sebelum ini tetapi tidak berjaya meraih kemenangan tetapi sekarang saya beraksi dengan baik untuk terus fokus pada hari esok." tambah Hye Jin.

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang