Skip to main content

Sukan Lain

Golf Maybank: Maja Stark rampas kedudukan pendahulu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maja-stark.jpg
Maja Stark dari Sweden mencuri tumpuan pada hari kedua Kejohanan Golf Maybank 2024 setelah merampas kedudukan pendahulu dari Mao Saigo dengan mencatat 66 pukulan 6 di bawah par dengan 7 birdie dan hanya satu bogey. 

"Saya bermain lebih baik, lebih tenang selepas kesilapan di awal saingan kerana ia membantu saya untuk kekal fokus sepanjang permainan," katanya menerusi Nadi Arena.

Olimpian negara, Ashley Lau berjaya mencipta kejutan pada hari kedua  setelah berada pada kedudukan ke-39 sekaligus mengatasi rakan senegara, Mirabel Ting di tangga ke-44. 

Ashley mencatat 68 pukulan keseluruhan, empat di bawah par dengan enam birdie, dua bogey manakala Mirabel mencatat 75 pukulan keseluruhan tiga di atas par dengan dua birdie tiga bogey dan satu double bogey. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video