Skip to main content

Sukan Lain

Golf Maybank: Keadaan cuaca tak jejas prestasi Miyu Yamashita bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cuaca.jpg
Pemain golf Jepun, Miyu Yamashita, mencipta sensasi selepas bergelar juaraKejohanan Golf Maybank 2025 yang juga merupakan debutnya dalam kejohanan itu.

Miyu beranggapan kejayaan itu sebagai permulaan kepada karier gemilangnya di luar Jepun selepas mencatatkan '18 under' dengan 270 pukulan secara keseluruhan.

Ini juga merupakan gelaran Jelajah LPGA keduanya di luar Jepun, di mana sebelum ini dia berjaya menjuarai Terbuka Wanita AIG pada Ogos 2025.

"Setiap kejohanan saya cuba untuk mencipta kemenangan, saya gembira memenangi kejohanan kedua di sini.

"Saya sangat gementar pada mulanya sebelum melakukan birdie, dengan cuaca hari ini saya dapat mengawalnya agar dapat terus kekalgokus dengan mendengar muzik dan bersedia untuk pusingan play off." katanya.

Sementara itu, mengimbau kepada momen Miyu mendapatkan 'birdie' ketika berdepan Choi Hye-Jin dan Hannah gGreen di pusinga play-off. 

Miyu ternyata bersyukur apabila dapat mengekalkan fokus walaupun cabaran cuaca sekali gus berjaya merangkul gelaran juara kejohanan itu buat kali pertama.
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video