Mirabel Ting mempersembahkan kematangan permainannya meskipun berdepan kesukaran bukan hanya berjaya menyaingi pemain elit dunia.
Mirabel muncul pemain terbaik negara pada hari pertama Kejohanan Golf Maybank 2025 selepas menghuni kedudukan ke-11 keseluruhan.
Selepas bogey di lubang keenam, senario yang membuatkan dirinya kembali tekun merencana strategi terbaik bagi mengharungi baki saingan tanpa dibebani tekanan yang semakin memuncak.
Mirabel cukup terkenal dengan pukulan konsisten dan kawalan bola di fairway yang kemas, sambil beraksi di laman sendiri buat kali pertama selaku pemain profesional.
Pertukaran status daripada amatur ke pro sejak Julai lalu nyata menerbitkan keterujaan untuk menampilkan permainan cemerlang.
"Apabila saya berhasil membuat pukulan untuk menghasilkan mata itu, saya tahu ia akan datang.
"Kami masih ada banyak permainan, jadi saya perlu kekal fokus tentang perkara di hadapan.
"Ada juga tekanan dan jangkaan, namun saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya," katanya.