Skip to main content

Sukan Lain

Golf Maybank 2025: Kelly Tan akui gementar beraksi di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ashley.jpg
Kejohanan Golf Maybank 2025 akan membuka tirainya pada Khamis ini dengan Olimpian negara yang berpengalaman beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020, Kelly Tan, menjadi antara sandaran utama negara kali ini.

Bagi Kelly, walaupun mempunyai pengalaman luas jika hendak dibandingkan dengan rakan senegaranya di kejohanan ini, bermain di laman sendiri tetap beri tekanan tersendiri.

"Semestinya beraksi di laman sendiri anda mahu melakukan dengan baik, jadi banyak tekanan datang daripada diri sendiri.






"Saya gementar tetapi kami tahu cara mengatasi dan tidak terlalu memikirkan perkara itu," katanya. 

Seorang olimpian negara yang bersaing ditemasya Sukan Olimpik paris 2024, Ashley Lau, tidak ingin terlalu 'melayan' tekanan, malah hanya fokus kepada diri sendiri dan cuba bermain seperti yang dilakukannya sebelum ini.

"Saya menganalisis statistik permainan saya, saya tahu apabila berharap terlalu tinggi akan memberikan keletihan, jadi saya akan beraksi dan cuba menjadi diri sendiri." tambahnya.
 
Garmin

Garmin Vivoactive 5

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video