Skip to main content

Sukan Lain

Golf Jelajah Toyota Piala Alphard hadirkan cabaran buat para peserta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fakhrul.jpg
Cabaran tiga hari Kejohanan Golf Jelajah Toyota Piala Alphard cukup menarik dengan kekuatan mental dan fizikal setiap pemain yang membuat penampilan ternyata teruji.

Ini kerana perlawanan terpaksa ditunda ke sebelah petang disebabkan hujan dan keadaan apangan Kelab Golf Penang di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang basah.

Juara Piala Harrier yang diadakan bulan lalu, Muhammad Fakhrul Akmal mengakui pukulan yang dilakukan sepanjang tiga hari di saingan kali ini seperti serba tidak menjadi yang akhirnya meletakkan dia di kedudukan keempat dengan 213 pukulan 3 di bawah par.

Bagaimanapun, dia berharap dapat memperbaiki keputusan itu di pusingan terakhir Jelajah Toyota Piala Yaris yang bakal diadakan di Kelab Golf The Mines pada 5 hingga 7 November ini.

"Kurang memberangsangkan namun saya tetap bersyukur. Beberapa pukulan saya gagal mendapatkan mata yang baik," katanya. 

"Venue ini agak sukar dengan permukaan padang yang basah," kata Malcolm Ting.

Advertisement

Must Watch Video