Paul San mencipta sensasi pada hari kedua ini Golf Jelajah Toyota 2024 menerusi pukulan terbaiknya untuk hole in one di lubang ke-14 di Kota Permai Golf and Country Club, hari ini.
Walaupun mempamerkan hayunan tidak konsisten di lubang ke-12 dan ke-13, namun situasi di lubang seterusnya meningkatkan keyakinannya untuk tampil lebih baik.
"Hole in one itu membantu saya untuk mengimbangi par dan dapat mengekalkan pukulan yang baik.
"Bukan mudah untuk melakukan hole in one.
"Saya harap dapat melakukan cut untuk beraksi pada hujung minggu ini," kata juara Piala Cios dan Piala Supra 2024 itu.
Sementara itu, bekas juara PGM Sime Darby Closed Championship Impian 2018 dan PGA Malaysia 2015, Sukree Othman, meluahkan kekecewaanya berikutan aksi hambar selepas dua pusingan.
Dengan menggelar dirinya sebagai residen pro berikutan sering berlatih di venue itu, tuah seakan-akan tidak menyebelahi dirinya kali ini.
"Saya boleh katakan pencapaian ini mengecewakan.
"Saya selalu berlatih di sini tetapi minggu ini bukan tuah saya.
"Saya bergelut dengan hayunan, juga permainan di sekitar green dan putting sepanjang dua hari ini," katanya lagi.
Shaiful Shamsudin
Thu Nov 21 2024