Golf Jelajah Toyota: Fakhrul terajui pusingan pertama Piala Harrier
Shaiful Shamsudin
September 24, 2024 18:01 MYT
September 24, 2024 18:01 MYT
Fakhrul Akmal tetap berpuas hati biarpun aksi di lubang terakhir merencatkannya untuk berkelebihan lebih selesa sebagai pendahulu pusingan pertama Kejohanan Golf Jelajah Toyota: Piala Harrier di Kelab Golf DiRaja Pahang, Kuantan hari ini.
Pemain berusia 28 tahun dari Kulim, Kedah, itu membawa bekalan lapan di bawah par tetapi percubaannya di lubang terakhir masuk ke kawasan pokok untuk di kedudukan 220 ela dari green.
Dia merekodkan eagle, enam birdie dan double bogey untuk melakar enam di bawah par 66 bagi berada di depan Kim Leun Kwang.
“Saya tiada pilihan selain mengisytiharkan tidak mampu mengharungi (lubang itu).
"Saya terlepas peluang fairway dengan pukulan keempat saya dan dengan permukaan sukar di sini, saya tidak dapat mendapatkan bogey."
"Ini kali pertama saya mendahului Jelajah Toyota jadi tiada sebab untuk merungut," katanya yang kini di kedudukan ke-18 keseluruhan kejohanan membabitkan tujuh siri ini.