SUKAN LAIN
Golf Amatur Asia Tenggara: Malcolm miliki sasaran tersendiri
Pemegang pingat perak Sukan SEA bagi acara individu, Malcolm Ting Siong Hung, ada sasaran peribadi mahu dibuktikan selepas Kejohanan Golf Amatur Asia Tenggara edisi lalu sekadar berakhir hampa.
Malcolm sedang mengotakan janjinya, atlet negara itu konsisten dalam saingan di hari kedua bagi Piala Putra apabila menduduki tempat ketiga menerus catatan 69 pukulan 2 di bawah par bagi acara individu seiring dengan catatan rakan senegara, Anson Yeo Boon Xiang yang membuat catatan sama.
"Saya cuba mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan berjaya menamatkan dalam kedudukan yang baik," kata Malcolm menerusi Nadi Arena.
Iklan
Bagaimanapun kedudukan itu masih gagal memuaskan hati Malcolm, tegas anak jati Sarawak itu, prestasi hari pertamanya lebih baik menerusi catatan 68 pukulan 3 di bawah par.
Keadaan cuaca yang hujan lebat antara punca, konsistensi gagal berlaku ekoran keadaan padang yang lembap.
"Cuaca memainkan peranan, ditambah dengan permukaan padang yang agak basah. Buat masa ini, saya akan cuba kekal dengan perancangan yang telah ditetapkan sehingga tamat saingan."
Must-Watch Video