Skip to main content

Sukan Lain

Golf 100Plus Srixon: Connor Liew, Jamie Tan sah ke grand final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf.jpg
Connor Liew Axel Kai dan Jamie Tan Huan Ying menepati ramalan apabila mengesahkan slot ke grand final Kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia, yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara.

Bagi Connor, penyertaan keduanya kali ini diharapkan berjalan dengan lancar, namun perlu lebih bersiap sedia sebelum pertandingan bermula.

"Secara spesifiknya, saya bertarung dengan diri sendiri. 

"Sebagai contoh, hari ini saya mencatat 4 di atas par pada 6 lubang awal permainan dan cuba untuk memperbaiki semula pukulan.

"Saya perlu berlatih untuk meningkatkan stamina kerana golf bukan hanya melibatkan kekuatan fizikal atau mental tetapi ia melibatkan kedua-dua elemen. 

"Saya lebih tenang jika bermain dengan baik dan berharap dapat melakukannya ketika di grand final nanti,” kata Connor.

Turut sama tersenari ke aksi akhir ialah Muhd Farish Abdullah, Ng Li Xin, Brendan Wong, dan Ethan Chee Jian Hao.

Sementara itu, Jamie Tan mengetuai senarai lima pemain wanita ke saingan grand final bersama-sama Bernice Huang Ee Xian, Nur Fathya Emylda, Abigail Kedung Pearson, dan Ngo Yi Belle. 

"Perkara yang saya belajar adalah untuk lebih bersabar ketika bermain. Ada pukulan yang perlu diperbaiki kerana saya membiarkan adrenalin mengawal diri kerana terlalu teruja.

"Kota Permai memiliki lapangan yang pantas dan mencabar. 

"Selepas ini, saya akan memberi fokus kepada putting dan pukulan lain dan perasaan ketika bermain,” kata Jamie. 

Hari terakhir kejohanan menyaksikan Connor dan Jamie mengesahkan status selaku juara bagi kategori Kumpulan Lelaki A dan Perempuan A.

Advertisement

Must Watch Video