Skip to main content

Sukan Lain

Golf 100Plus Srixon: Connor Liew, Jamie Tan hampir ke grand final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf.jpg
Selepas tamat hari kedua Kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia, Connor Liew Axel Kai dan Jamie Tan Huan Ying kekal mengungguli kedudukan kumpulan mengikut kategori masing-masing di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.

Kedua-dua mereka semakin hampir ke grand final yang dijadualkan berlangsung di Kota Damansara, Oktober depan. 

Meskipun berada di tempat pertama carta, Connor dilihat sedikit goyah dengan catatan terkumpul selepas dua pusingan, 146 pukulan 2 di atas par. 

"Pukulan saya baik tetapi ada melakukan beberapa kesilapan seperti salah penggunaan kayu dan bermain lebih aggresif. Sembilan lubang pertama saya mencatatkan lima bogey.

"Saya sedikit gemuruh kerana ketika di grand finale pada tahun lalu, saya tidak bermain dengan baik dan peluang kedua kali ini saya mahu bermain dengan lebih baik,” kata Connor.

Sementara itu, Jamie Tan mengekalkan penguasaan dalam Kumpulan A dengan mengumpul 148 pukulan 4 di atas par selepas tamat dua pusingan. 

"Hari ini saya lebih bertarung dengan diri sendiri kerana semalam kami bermain dengan pantas kerana berada di kumpulan pertama, tetapi kali ini saya bermula di belakang dan sentiasa mengingatkan diri untuk bertenang.

"Maish belum selesa kerana permainan masih belum tamat kerana masih ada perlawanan lagi pada esok.,” kata Jamie. 

Seramai 64 pemain golf remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun berkampung di di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.

Bagi sirkit kedua 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia 2025, 10 pemain terbaik akan disenaraikan untuk berada dalam senarai 40 pemain negara yang akan beraksi dengan pemain pemain remaja dari serata dunia dalam grand final Golf Remaja Antarabangsa bagi tahun ini.

Advertisement

Must Watch Video