Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Zaidatul teruskan perjuangan tanpa Balamurugan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatul_4.jpg
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, terpaksa beraksi tanpa kelibat jurulatih, M. Balamurugan, dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 apabila Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengetepikan pengendali itu.

KOM berpendapat jurulatih lain mampu menggalas tugas Balamurugan walaupun Zaidatul dan pelari kuartet 4x100 meter lelaki, Jonathan Nyepa, adalah atlet dibawah kendaliannya.

Apa yang lebih penting, KOM mahu atlet olahraga olahraga belajar berdikari dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada jurulatih mereka.

"Balamurugan sendiri faham kedudukan kami, kuota yang dimiliki agak terhad. Atlet perlu belajar untuk bertanding tanpa jurulatih.

"Tidak semestinya mereka harus sentiasa bersama jurulatih ketika turun beraksi dalam mana-mana kejohanan dan mereka tampak jelas dengan situasi itu," kata ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.

Tugas Balamurugan akan diambil-alih seorang lagi jurulatih pecut, Mohd Poad Kassim, yang membimbing pelari terpantas Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, serta kuartet 4x100m lelaki.

Dalam masa sama, jurulatih jaguh lompat kijang, Victor Sotnikov, dan Teh Weng Chang (lompat bergalah) dijadualkan berlepas pada 9 April, iaitu sehari sebelum atlet mereka beraksi kerana menghadapi masalah kad akreditasi.

 

Advertisement

Must Watch Video