Chef-de-mission kontinjen negara ke Sukan Komanwel Gold Coast, Huang Ying How, tampak lega apabila Malaysia akhirnya berjaya mengatasi pencapaian empat tahun lalu di Glasgow sekalipun sasaran 10 teratas gagal dicapai.
Kontinjen negara diletakkan sasaran utama untuk muncul 10 negara teratas dalam temasya Gold Coast 2018 selain mengatasi pencapaian enam emas di Glasgow 2014.
Harapan itu diletakkan dalam beberapa jenis sukan, antaranya terjun, badminton, berbasikal trek, angkat berat dan boling padang.
Permulaan yang baik diraih daripada atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, namun kegagalan beberapa prospek di pertengahan temasya mengundang rasa cemas sebelum jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, dan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Vivian Hoo, menjadi penyelamat bagi memastikan pengakhiran sempurna buat kontinjen negara di Gold Coast.
"Saya begitu gembira kerana Chong Wei dapat bangkit semula selepas dia kalah kepada pemain India (Srikanth Kidambi) dalam perlawanan pertamanya dalam acara berpasukan," kata Ying How.
Ying How, bagaimanapun, belum bersedia untuk membuat rumusan mengenai pencapaian keseluruhan kontinjen negara apabila mengesahkan perkara itu akan diperincikan kepada umum esok.
"Kami akan dapatkan semua keputusan semula dan kami akan mengadakan mesyuarat malam ini, sebelum atau selepas upacara penutup bagi menyediakan laporan," katanya lagi.