Skip to main content

Sukan Asia

Gold Coast 2018: Skuad skuasy negara jalani latihan rasmi pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skuasy4218.jpg
Skuasy antara sukan yang ditagih untuk menjelmakan kilauan pingat untuk kontinjen negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast, bermula Rabu ini.

Tumpuan pastinya terarah kepada ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, di mana Gold Coast 2018 menjadi penampilan terakhir buatnya dengan harapan untuk merangkul hatrik emas dalam acara perseorangan wanita. 

Nicol, yang akan beraksi selaku pemain pilihan ketiga, mendapat 'bye' dalam pusingan pertama.

"Saya akan menghadapi perlawanan seperti biasa dan pada masa sama, saya mahu berseronok dan menikmati (temasya ini) sejak awal lagi. 

"Ketika ini, semuanya bagaikan bonus. Saya pernah memenangi pingat emas dan kini saya berada di sini untuk menikmati detik ini sekali lagi," kata Nicol. 

Bekas pemain nombor satu dunia itu menanti dalam pusingan kedua untuk bertemu sama ada pemenang di antara Colette Sultana dari Malta dan Samantha Hennings dari Kepulauan Cayman.

"Saya sudah berada di Brisbane selama dua minggu setengah. 

"Saya berpeluang menguji gelanggang baru dengan beberapa pemain tempatan," katanya lagi. 

Selain Nicol, pemain negara seperti Ng Eain Yow, Mohd Nafiizwan Adnan dan Aifa Azman menjalani latihan rasmi hari pertama bersama pasukan kebangsaan, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video