Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan dalam usaha
memastikan tidak pulang hampa seperti empat tahun lalu di Glasgow.
Tujuh atlet yang terpilih akan dinilai prestasi mereka sepanjang temasya berkenaan dan jika gagal menyerlah, nama mereka untuk mewakili Malaysia ke Sukan Asia di Jakarta/Palembang pada Ogos depan mungkin digugurkan.
Kali terakhir skuad menembak negara memenangi pingat emas Sukan Komanwel ialah di New Delhi pada 2010 menerusi sumbangan Bibiana Ng dalam acara 10 meter air pistol individu dan gandingan Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dalam 10m air rifle berpasangan wanita.
Namun, kempen 2014 di Glasgow menyaksikan Malaysia kempunan dan sekadar meraih satu gangsa.
Tanpa mendedahkan acara dan siapa yang bakal menjadi sandaran, NSAM optimis tujuh penembak negara yang disenaraikan mampu membutirkan sekurang-kurangnya satu pingat emas.
"Kami mempunyai harapan yang baik untuk meraih pingat emas. Terdapat kepastian bahawa atlet Malaysia mampu ke final dan daripada situ, kekuatan mental menjadi taruhan mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang," kata Setiausaha Kehormat NSAM, Adam Tee.
Selain itu, Adam turut menjelaskan biarpun senarai atlet menembak ke Sukan Komanwel sudah dimuktamadkan, ia bukan tiket untuk kesemua penembak tersebut berasa selesa dalam menjamin tempat ke Sukan Asia Jakarta-Palembang.
"Kami belum membuat perancangan mengenai persiapan Sukan Asia. Hampir pasti atlet yang beraksi dalam Sukan Komanwel akan beraksi di Jakarta-Palembang tetapi kami akan menilai pencapaian mereka di Gold Coast," tambahnya.