Skip to main content

Sukan Lain

Giro d’Italia: Mark Cavendish umum bersara hujung tahun ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mark-cavendish.jpg
Mark Cavendish mengumumkan bakal bersara daripada saingan berbasikal profesional pada penghujung tahun ini.

Cavendish, yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada Ahad lalu, mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media sewaktu hari rehat perlumbaan Giro d'Italia semalam.

Dia berkata: "Saya sememangnya gemar berlumba di setiap kilometer perlumbaan ini setakat ini, jadi saya rasa ia adalah masa yang sempurna untuk mengatakan bahawa ini adalah Giro d’Italia terakhir buat saya dan 2023 akan menjadi musim terakhir saya sebagai pelumba basikal profesional."
 

 

Advertisement

Must Watch Video