GOLD COAST 2018
Gimrama: Atlet negara puas hati perbaiki pencapaian Glasgow 2014
Skuad gimrama negara nyata berpuas hati apabila melakar pencapaian terbaik dalam Sukan Komanwel dengan merangkul satu emas, tiga perak dan tiga gangsa di Gold Coast.
Ini pencapaian cemerlang mereka selepas meraih dua gangsa dan satu perak di Glasgow dan satu emas, satu perak dan dua gangsa di New Delhi 2010.
Walaupun misi awal meraih emas acara berpasukan tersasar, gimnas negara tidak henti-henti berjuang untuk merealisasikan kilauan emas sehingga Amy Kwan melakar kejutan mengungguli aparatus reben pada hari terakhir saingan.
Iklan
Bukan itu sahaja, pujian turut wajar diberikan kepada gandingan Koi Sie Yan dan Izzah Amzan yang membantu memperbaiki pencapaian di Glasgow dengan meraih perak pada edisi ini.
Sie Yan yang membuat penampilan julung kali dalam temasya Gold Coast 2018 juga cemerlang menghadirkan dua perak dan satu gangsa menerusi acara individu apparatus bola, belantan dan reben.
Amy selaku atlet paling senior tetap berbangga dengan dua rakan sepasukannya itu yang saling menyokong satu sama lain sehingga hari terakhir saingan.
"Sangat bangga dengan rakan-rakan semua kerana menghadirkan pencapaian ini. Saya sangat bangga," kata Sie Yan.
"Terima kasih kepada semua pihak, termasuk jurulatih, ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) yang banyak menyokong kami. Malaysia boleh," kata Amy.
Must-Watch Video