Amy Kwan membutirkan pingat gangsa keenam negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast apabila cemerlang dalam saingan gimrama individu all around menerusi jumlah catatan 51.500 mata, hari ini.
Saingan individu all around itu menyaksikan harapan negara terletak kepada dua wakil gimrama, Amy dan Koi Sie Yan.
Setelah gagal memperagakan aksi terbaik dalam apparatus terakhirnya iaitu reben, Sie Yan sekadar meraih 9.600 mata yang menjadi penyebab kegagalannya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik.
Bagaimanapun, Amy menebus kekecewaan itu dan lebih konsisiten dalam semua apparatus.
Amy meraih 12.100 mata dalam apparatus gelung dan meneruskan kecemerlangannya dengan 12.250 mata dalam apparatus bola.
Apparatus belantan pula menyaksikan Amy meraih mata setinggi 14.200 mata, sekali gus melonjak kedudukannya ke kelompok tiga terbaik sebelum mengakhiri apparatus reben dengan kutipan 12.950 mata untuk melengkapkan slot podium.
Acara itu diungguli atlet Cyprus, Diamanto Evripidou, diikuti gimnas Kanada, Katherine Uchida, di tempat kedua
"Selepas apparatus bola, saya agak kecewa ketinggalan kerana banyak melakukan kesilapan dan saya mempamerkan rutin yang lebih baik untuk apparatus reben dan berjaya meraih pingat gangsa," kata Amy.
"Motivasi saya adalah cuba memberikan yang terbaik setiap kali beraksi dan hasilnya adalah kejayaan ini buat negara," katanya lagi.